'Dengarlah tangisan anak ini & beritahu pada perempuan biadab itu'
'Dengarlah tangisan anak ini & beritahu pada perempuan biadab itu'Allahu.. sedih mendengar tangisan si anak ini yang menangis kerana ditinggalkan ibunya demi jantan lain. Semoga si bapa dan anaknya tabah..
Suami beri keizinan untuk isterinya bekerja, namun lain pula yang terjadi apabila wanita itu bermain cinta dengan lelaki lain. Perbuatannya itu diketahui oleh si suami, tetapi mendiamkan diri.
Namun, si isteri semakin melampau sehingga sanggup mengajar anaknya berbohong menyebabkan si suami hilang sabar.
Luahan dari Encik Suami
Demi kepuasan nafsu berahi sendiri, awak tergamak menyuruh anak tidur di tempat membuat tempe, sementara awak tidur di katil yang selesa bersama teman lelaki awak. Awak memang seorang ibu yang tidak berprikemanusiaan dan perempuan terkutuk!
Awak juga sanggup menipu saya dan semua orang dengan mengatakan diri awak berstatus janda. Tetapi awak tidak sedar, sehebat mana pun awak menyorok 'bangkai' itu, orang tetap akan terhidu juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh ke tanah juga.
Sanggup awak mengajar anak berbohong, tetapi anak inilah yang mendedahkan segala perbuatan kamu berdua di belakang saya. Sungguh awak seorang isteri yang biadab, perangai seperti haiwan, iblis dan sewaktu dengannya.
Sekarang mungkin awak rasa senang, tetapi percayalah satu hari nanti awak akan menangis dan menyesal dengan segala perbuatan awak. Tudung awak itu hanyalah 'topeng' untuk menutup atau mengaburi segala perbuatan terkutuk awak pada suami dan anak sendiri. Saban hari anak ini menangis dan berdoa agar kamu berdua menerima balasanNya.
Awak jenis perempuan yang tidak mengenal erti untung. Saya izinkan awak bekerja di sana tetapi awak bermain cinta dengan lelaki lain? Saya tahu dan hanya berdiam diri serta memerhati segala perbuatan awak. Tetapi kali ini awak sudah melampaui batas, sampai anak yang masih bersekolah dibawa ke sana sini, langsung tidak dihantar ke sekolah.
Awak hanya mementingkan kesenangan diri, nafsu berahi awak saja. Anak kita yang akan melaporkan segala perbuatan awak pada pihak polis dan mengambil tindakan terhadap kamu berdua.
Dengarlah tangisan kesedihan anak ini dan sampaikanlah kepada ibunya.
Saya berharap netizen yang membaca luahan saya ini, ada yang tinggal di Kompleks Perumahan Angkatan Darat Cibubur Jakarta Timur dan mengenali perempuan yang saya maksudkan itu. Dia telah mengkhianati suaminya sendiri demi nafsunya sehingga sanggup berbohong pada suami dan anak.