Kisah Aunty Cina Kutip Dan Bela Anak Luar Nikah Yang Dibuang Pasangan Melayu Yang Menyebabkan Anda Menangis
Kisah Aunty Cina Kutip Dan Bela Anak Luar Nikah Yang Dibuang Pasangan Melayu Yang Menyebabkan Anda MenangisSaya hairan kerana kanak-kanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'.
Hairan, kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras-iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu.
"Aunty, budak dua orang ini siapa?"
"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya.
Saya pun tergamam seketika.
"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan," jelasnya.
Di Sabah sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yang lain membuatkan kita seolah-olah berada di dalam sebarisan pelangi yang berwarna-warni.
Dengan melalui sendiri peristiwa gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini, saya percaya ikatan tali keharmonian di sini tidak pernah kusai. Malah bertambah utuh dan padu.