Our social:
loading...

(Gambar) Jamal Datang Depan SUK Selangor Lagi, Bawa Van jenazah, Usung Keranda Dan Cangkul

(Gambar) Jamal Datang Depan SUK Selangor Lagi, Bawa Van jenazah, Usung Keranda Dan Cangkul



Selepas aksi bertuala dan aksi demotnrasi urut, nampaknya Datuk Seri Jamal Md Yunos telah tampil sekali lagi tampil di depan pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.
Kali ini beliau telah membawa van jenazah, keranda dan juga cangkul di mana beliau telah mempersoalkan ketulusan Kerajaan Selangor dalam urus wang rakyat dan kedai judi.
Beliau juga mempersoalkan daripada manakah sumber-sumber wang yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada skim Mesra Usia Emas sebagai khairat kematian, ini kerana beliau risau ianya datang daripada hasil judi yang diperoleh kerajaan negeri sebagai hasil.

"Saya sebagai rakyat Selangor ingin bertanya, daripada manakah sumber ini(khairat kematian) ini diperolehi, adakah ianya daripada sumber-sumber yang halal yang diberikan kepada waris-waris orang yang telah meninggal dunia selepas usia 6o tahun," katanya dalam satu ucapan di depan SUK. -






loading...